Rabu, 15 April 2015

Nostalgia la pulok!!

Sementara masih dalam bercuti..
Dpt la update the throw back memories sepanjang setahun x aktif ni

Rindunya memori lama2 ni..kenangan bersama arwah cikgu shaharuddin tak pernah kering gusi..
Semoga arwah aman dan tenang di sana..allahumaghfirlahu warhamhu..

Rabu, 11 Julai 2012

Mesyuarat Agung PIBG 2012 bersama YB Dr Puad Zarkashi.








TERIMA KASIH ATAS PERUNTUKAN PEMBANGUNAN YANG DISALURKAN KEPADA SKPK SEBANYAK RM30,000.SEMOGA MEMBERI MANFAAT KEPADA PEMBANGUNAN SEKOLAH.
Posted by Picasa

Projek terakhir sebagai setiausaha PIBG...thanks to all..

 
Posted by Picasa

Khamis, 26 April 2012

SESI FOTOGRAFI BERSAMA UNIT UNIFORM,TKRS.


DUDUK DI DEPAN DARI KANAN:  PN ZABEDAH,PN ZAILAH,PN ZALMA,PN HJH KHAIRUL ASHIKIN,TN HJ.KAMSANI,TN HJ ROSSDY,PN HASIDAH,EN SAFBERI DAN EN AZHAR.
Posted by Picasa

Isnin, 7 November 2011

KURSUS KSSR DUNIA MUZIK PPD BATU PAHAT

GAMBAR KENNGAN SEPANJANG KURSUS PENYEBARAN KSSR DUNIA MUZIK DI PPD BATU PAHAT.
DIBAWAH NI...BERSAMA RAKAN-RAKAN JU YG TERLIBAT.









Posted by Picasa

Isnin, 24 Oktober 2011

BERAMAL UNTUK PALESTINE

5 Untuk Palestin | Isi Borang Online


Adakah anda seorang kakitangan awam yang sangat perihatin serta mengambil berat tentang isu kemanusiaan yang kini dihadapi oleh rakyat Palestin?

Anda ingin memberikan sumbangan untuk Palestin secara berterusan tanpa melalui banyak prosedur tetapi tidak tahu caranya dan anda tidak punya banyak masa?

Sertailah Kempen 5 Untuk Palestin, dan anda akan mampu melakukan sumbangan secara berterusan dan sistematik walaupun anda tetap bekerja seperti biasa.

Sumbanglah sebahagian dari nilai masa bekerja anda untuk rakyat Palestin!





Tahukah Anda?
Masjid Al-Aqsa terus-menerus digali dari bawah oleh Israel untuk merosakkan struktur binaannya agar ia runtuh.
Setiap hari Israel melancarkan serangan ke atas Gaza sehingga ke hari ini termasuk serangan roket.
Kempen 5 Untuk Palestin

Kempen 5 Untuk Palestin adalah sebuah kempen hasil inisiatif Aman Palestin yang bertujuan untuk mengumpulkan dana bagi membantu rakyat Palestin membangunkan semula negara mereka yang dimusnahkan oleh Israel dan juga untuk mempertahankan Masjid al-Aqsa yang dikepung Israel.

Kempen ini merupakan pendekatan khusus bagi membantu kakitangan awam dan agensi swasta yang berhasrat untuk menyumbang sekurang-kurangnya RM 5 dari pendapatan mereka setiap bulan secara konsisten dan berterusan.






Mengapa Lima?

Dengan memberikan persetujuan untuk menyertai kempen ini, peserta bersetuju untuk memberikan sejumlah wang secara tetap daripada pendapatan mereka setiap bulan secara automatik melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia untuk disumbangkan kepada Palestin.

Rasulullah (saw) bersabda: "Sesungguhnya amal yang dicintai Allah adalah yang berterusan walaupun sedikit."
Bagi seorang kakitangan awam yang mempunyai pendapatan sekitar RM 2,000 sebulan, sumbangan sebanyak RM 5 setiap bulan sebenarnya hanya mewakili 30 minit sahaja daripada purata 208 jam waktu kerjanya selama sebulan iaitu bersamaan dengan lebihkurang 1 minit sahaja sehari.

Jika jumlah pendapatan mereka lebih tinggi dari itu, mereka sebenarnya hanya menyumbangkan beberapa saat sahaja daripada nilai masa bekerja mereka demi membantu rakyat Palestin dan mempertahankan kesucian Masjid Al-Aqsa.






Ke manakah sumbangan anda akan disalurkan?

Sumbangan rakyat Malaysia melalui kempen ‘5 Untuk Palestin’ akan disalurkan terus kepada rakyat Palestin bagi membiayai projek-projek pembangunan semula keperluan-keperluan asas agar mereka dapat menjalani kehidupan yang normal sepertimana masyarakat-masyarakat di tempat lain. Hanya dengan menyumbangkan sebahagian kecil pendapatan anda serendah RM 5 setiap bulan, anda mampu menghidupkan kembali sinar harapan agar dapat mereka harungi masa depan yang lebih cerah.






Mengapa harus menyumbang melalui Aman Palestin?

Aman Palestin adalah badan kebajikan yang telah berdaftar secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organization) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Semenjak ditubuhkan Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin samada di Palestin serta di kem-kem pelarian mereka di Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan dari orang ramai. Kami berharap agar keprihatinan yang berterusan rakyat Malaysia dalam menyalurkan bantuan dapat memberikan sinar harapan dan membantu meringankan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin.

Selasa, 18 Oktober 2011

Majlis Perpisahan Pn Siti Fatimah (GPK HEM)

Selamat tinggal kepada Pn siti Fatimah bt Baie...diarahkan berpindah ke SK Sri Pandan berkuat kuasa 16hb Okt.2011...baru 3 bulan kak siti bersama kami..namun terpaksa juga akur demi anak bangsa....baru je nak mesra2 dan bermanja...Kak Siti tetap dalam kenangan kami...


Posted by Picasa

perkhemahan Unit Uniform SKPK 2011

Bukan main semangat lagi murid2 SKPK dalam pertandingan kawad kaki...semua nak menag..bagus la tu...akhirnya Johan disandang oleh unit Pengakap.Tahniah

Posted by Picasa

SUP TULANG YANG DAH DIMAKAN

Bismillahirrahmanirrahim.....

Sekadar renungan…. …….buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

budak miskin

“Mana emak? “

“Mak pergi menoreh,” jawabnya.

“Mana bapak?”

“Bapak pergi kerja…”

“Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?” Di situ ada seorang

bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.

“Adik ini sayalah yang jaga.” Jawab budak berkenaan.

“Awak ada berapa orang adik-beradik? “

“Sepuluh.”

“Adik ni yang ke berapa?”

“Saya yang kelapan.”

“Mana abang-abang kamu pergi?”

“Tolong emak menoreh.”

“Adik puasa hari ini?”

“Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari…” Jawabnya.

Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.

Lalu aku bertanya lagi “Adik bersekolah dimana?”

“Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..”.

“Bapak kerja apa?”

“Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa “.

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu.

Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit “Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!”. Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

“Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik..”

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata:

“Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat.”

Aku bertanya lagi “Upah menoreh berapa makcik dapat?”

“Cuma RM3.00 sehari.”

“Ayahnya bekerja macam mana”

“Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari.”

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah.. Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya “TAK SEDAP”? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

DIPETIK DARI EMAIL FROM KAWAN2...