Isnin, 24 Oktober 2011

BERAMAL UNTUK PALESTINE

5 Untuk Palestin | Isi Borang Online


Adakah anda seorang kakitangan awam yang sangat perihatin serta mengambil berat tentang isu kemanusiaan yang kini dihadapi oleh rakyat Palestin?

Anda ingin memberikan sumbangan untuk Palestin secara berterusan tanpa melalui banyak prosedur tetapi tidak tahu caranya dan anda tidak punya banyak masa?

Sertailah Kempen 5 Untuk Palestin, dan anda akan mampu melakukan sumbangan secara berterusan dan sistematik walaupun anda tetap bekerja seperti biasa.

Sumbanglah sebahagian dari nilai masa bekerja anda untuk rakyat Palestin!





Tahukah Anda?
Masjid Al-Aqsa terus-menerus digali dari bawah oleh Israel untuk merosakkan struktur binaannya agar ia runtuh.
Setiap hari Israel melancarkan serangan ke atas Gaza sehingga ke hari ini termasuk serangan roket.
Kempen 5 Untuk Palestin

Kempen 5 Untuk Palestin adalah sebuah kempen hasil inisiatif Aman Palestin yang bertujuan untuk mengumpulkan dana bagi membantu rakyat Palestin membangunkan semula negara mereka yang dimusnahkan oleh Israel dan juga untuk mempertahankan Masjid al-Aqsa yang dikepung Israel.

Kempen ini merupakan pendekatan khusus bagi membantu kakitangan awam dan agensi swasta yang berhasrat untuk menyumbang sekurang-kurangnya RM 5 dari pendapatan mereka setiap bulan secara konsisten dan berterusan.






Mengapa Lima?

Dengan memberikan persetujuan untuk menyertai kempen ini, peserta bersetuju untuk memberikan sejumlah wang secara tetap daripada pendapatan mereka setiap bulan secara automatik melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia untuk disumbangkan kepada Palestin.

Rasulullah (saw) bersabda: "Sesungguhnya amal yang dicintai Allah adalah yang berterusan walaupun sedikit."
Bagi seorang kakitangan awam yang mempunyai pendapatan sekitar RM 2,000 sebulan, sumbangan sebanyak RM 5 setiap bulan sebenarnya hanya mewakili 30 minit sahaja daripada purata 208 jam waktu kerjanya selama sebulan iaitu bersamaan dengan lebihkurang 1 minit sahaja sehari.

Jika jumlah pendapatan mereka lebih tinggi dari itu, mereka sebenarnya hanya menyumbangkan beberapa saat sahaja daripada nilai masa bekerja mereka demi membantu rakyat Palestin dan mempertahankan kesucian Masjid Al-Aqsa.






Ke manakah sumbangan anda akan disalurkan?

Sumbangan rakyat Malaysia melalui kempen ‘5 Untuk Palestin’ akan disalurkan terus kepada rakyat Palestin bagi membiayai projek-projek pembangunan semula keperluan-keperluan asas agar mereka dapat menjalani kehidupan yang normal sepertimana masyarakat-masyarakat di tempat lain. Hanya dengan menyumbangkan sebahagian kecil pendapatan anda serendah RM 5 setiap bulan, anda mampu menghidupkan kembali sinar harapan agar dapat mereka harungi masa depan yang lebih cerah.






Mengapa harus menyumbang melalui Aman Palestin?

Aman Palestin adalah badan kebajikan yang telah berdaftar secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organization) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Semenjak ditubuhkan Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin samada di Palestin serta di kem-kem pelarian mereka di Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan dari orang ramai. Kami berharap agar keprihatinan yang berterusan rakyat Malaysia dalam menyalurkan bantuan dapat memberikan sinar harapan dan membantu meringankan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan