Isnin, 7 November 2011

KURSUS KSSR DUNIA MUZIK PPD BATU PAHAT

GAMBAR KENNGAN SEPANJANG KURSUS PENYEBARAN KSSR DUNIA MUZIK DI PPD BATU PAHAT.
DIBAWAH NI...BERSAMA RAKAN-RAKAN JU YG TERLIBAT.









Posted by Picasa

Isnin, 24 Oktober 2011

BERAMAL UNTUK PALESTINE

5 Untuk Palestin | Isi Borang Online


Adakah anda seorang kakitangan awam yang sangat perihatin serta mengambil berat tentang isu kemanusiaan yang kini dihadapi oleh rakyat Palestin?

Anda ingin memberikan sumbangan untuk Palestin secara berterusan tanpa melalui banyak prosedur tetapi tidak tahu caranya dan anda tidak punya banyak masa?

Sertailah Kempen 5 Untuk Palestin, dan anda akan mampu melakukan sumbangan secara berterusan dan sistematik walaupun anda tetap bekerja seperti biasa.

Sumbanglah sebahagian dari nilai masa bekerja anda untuk rakyat Palestin!





Tahukah Anda?
Masjid Al-Aqsa terus-menerus digali dari bawah oleh Israel untuk merosakkan struktur binaannya agar ia runtuh.
Setiap hari Israel melancarkan serangan ke atas Gaza sehingga ke hari ini termasuk serangan roket.
Kempen 5 Untuk Palestin

Kempen 5 Untuk Palestin adalah sebuah kempen hasil inisiatif Aman Palestin yang bertujuan untuk mengumpulkan dana bagi membantu rakyat Palestin membangunkan semula negara mereka yang dimusnahkan oleh Israel dan juga untuk mempertahankan Masjid al-Aqsa yang dikepung Israel.

Kempen ini merupakan pendekatan khusus bagi membantu kakitangan awam dan agensi swasta yang berhasrat untuk menyumbang sekurang-kurangnya RM 5 dari pendapatan mereka setiap bulan secara konsisten dan berterusan.






Mengapa Lima?

Dengan memberikan persetujuan untuk menyertai kempen ini, peserta bersetuju untuk memberikan sejumlah wang secara tetap daripada pendapatan mereka setiap bulan secara automatik melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia untuk disumbangkan kepada Palestin.

Rasulullah (saw) bersabda: "Sesungguhnya amal yang dicintai Allah adalah yang berterusan walaupun sedikit."
Bagi seorang kakitangan awam yang mempunyai pendapatan sekitar RM 2,000 sebulan, sumbangan sebanyak RM 5 setiap bulan sebenarnya hanya mewakili 30 minit sahaja daripada purata 208 jam waktu kerjanya selama sebulan iaitu bersamaan dengan lebihkurang 1 minit sahaja sehari.

Jika jumlah pendapatan mereka lebih tinggi dari itu, mereka sebenarnya hanya menyumbangkan beberapa saat sahaja daripada nilai masa bekerja mereka demi membantu rakyat Palestin dan mempertahankan kesucian Masjid Al-Aqsa.






Ke manakah sumbangan anda akan disalurkan?

Sumbangan rakyat Malaysia melalui kempen ‘5 Untuk Palestin’ akan disalurkan terus kepada rakyat Palestin bagi membiayai projek-projek pembangunan semula keperluan-keperluan asas agar mereka dapat menjalani kehidupan yang normal sepertimana masyarakat-masyarakat di tempat lain. Hanya dengan menyumbangkan sebahagian kecil pendapatan anda serendah RM 5 setiap bulan, anda mampu menghidupkan kembali sinar harapan agar dapat mereka harungi masa depan yang lebih cerah.






Mengapa harus menyumbang melalui Aman Palestin?

Aman Palestin adalah badan kebajikan yang telah berdaftar secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organization) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Semenjak ditubuhkan Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin samada di Palestin serta di kem-kem pelarian mereka di Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan dari orang ramai. Kami berharap agar keprihatinan yang berterusan rakyat Malaysia dalam menyalurkan bantuan dapat memberikan sinar harapan dan membantu meringankan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin.

Selasa, 18 Oktober 2011

Majlis Perpisahan Pn Siti Fatimah (GPK HEM)

Selamat tinggal kepada Pn siti Fatimah bt Baie...diarahkan berpindah ke SK Sri Pandan berkuat kuasa 16hb Okt.2011...baru 3 bulan kak siti bersama kami..namun terpaksa juga akur demi anak bangsa....baru je nak mesra2 dan bermanja...Kak Siti tetap dalam kenangan kami...


Posted by Picasa

perkhemahan Unit Uniform SKPK 2011

Bukan main semangat lagi murid2 SKPK dalam pertandingan kawad kaki...semua nak menag..bagus la tu...akhirnya Johan disandang oleh unit Pengakap.Tahniah

Posted by Picasa

SUP TULANG YANG DAH DIMAKAN

Bismillahirrahmanirrahim.....

Sekadar renungan…. …….buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

budak miskin

“Mana emak? “

“Mak pergi menoreh,” jawabnya.

“Mana bapak?”

“Bapak pergi kerja…”

“Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?” Di situ ada seorang

bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.

“Adik ini sayalah yang jaga.” Jawab budak berkenaan.

“Awak ada berapa orang adik-beradik? “

“Sepuluh.”

“Adik ni yang ke berapa?”

“Saya yang kelapan.”

“Mana abang-abang kamu pergi?”

“Tolong emak menoreh.”

“Adik puasa hari ini?”

“Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari…” Jawabnya.

Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.

Lalu aku bertanya lagi “Adik bersekolah dimana?”

“Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..”.

“Bapak kerja apa?”

“Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa “.

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu.

Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit “Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!”. Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

“Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik..”

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata:

“Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat.”

Aku bertanya lagi “Upah menoreh berapa makcik dapat?”

“Cuma RM3.00 sehari.”

“Ayahnya bekerja macam mana”

“Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari.”

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah.. Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya “TAK SEDAP”? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

DIPETIK DARI EMAIL FROM KAWAN2...

BACALAH WAHAI ANAK2 DIDIK KU...


KISAH INI DIPETIK DARI SATU EMAIL YG CIKGU TERIMA.BETAPA RAPAT DAN KASIHNYA SEBUAH PERSAUDARAAN ADIK DAN KAKAK...

Assalamualaikum. ..
kasih sayang yg tak berpenghujung. .. .

> Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.
> Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan
> anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

> Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia
> meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan
> panjang sedepa di tangan ayah.
>
> "Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai. "Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat
> tang an untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,
hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah
kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.
Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

> Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang
> berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah.
> Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.
>
> Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang
> takut berkata benar.
>
> Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu
> berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"
>
> Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.
>
> Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku
> bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah
> berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat
> pra-universiti..
>
> Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di
> ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang
> dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"
>
> "Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.
>
> "Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"
>
> Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
> "Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"
>
> Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung
> wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.
>
> Panggggg.... sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu
> aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
>
> "Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan
> kamu, ayah akan lakukan!"
>
> "Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa
> keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu
> minyak pada pipinya yang bengkak.
>
> "Kakak perempuan... . biarlah kakak yang berhenti."
>
> Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa
> bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat
> dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.... .
>
> "Kak.....untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja
> dan akan kirim wang buat akak."
>
> Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup
> kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
>
> Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: " Ada pemuda
> kampung tunggu kau kat luar!" "Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?" Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"
Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya.. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa
orang lain kata."
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak." Aku kaku.. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya
> dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
> Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku
> lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. "Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik." "Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan. "Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. "Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.
Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras." Apalagi...aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik. "Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.
"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

> "Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk. "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya. Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati..

> "Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar. "

> "Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja
> demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai
> bila-bila."
>
> Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik
> sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.
>

> Ya Allah Ya Tuhanku....aku redha akan ujian dari-MU..pintaku, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi semua ini...
> Assalamualaikum. ..wbkt..
> Barangsiapa yang menghilangkan satu kesusahan dunia dari seorang
> mukmin, maka Allah akan menghilangkan darinya satu kesusahan di hari
> Kiamat. Barangsiapa meringankan orang yang sedang kesulitan, maka
> Allah akan meringankannya dari (kesulitan) dunia dan akhirat.
> Barangsiapa yang menutupi (kejelekan) seorang muslim, niscaya Allah
> akan menutupi (kejelekannya) di dunia dan akhirat. Dan Allah akan
> menolong hamba selama dia mau menolong saudaranya." (HR. Muslim.)
>

Selasa, 11 Oktober 2011

LARIAN 1 MURID SATU SUKAN

Larian dilepaskan oleh En Shaharudin Badron...wakil PPD gitu...
sekali sekala berlari dalam kg ni tercungap gak dibuatnya...yang penting warga SKPK semuanya sporting...terima kasih juga kpd kaum bapa yg sama2 memeriahkan acara lari bersama-sama kami...

Posted by Picasa

Marhaban sekolah 2010


Posted by Picasaactualy dah lama cari gambar ni..ilang masa format laptop dulu..raya tahun ni baru jumpa.takpe just for memories again.Bergambar bersama keluarga En Misrom semasa rombongan marhaban ke rumah murid pada 2010
Posted by PicasaIni pulak Ika bersama cikgu Nora dan Cikgu Khatimah semasa majlis sambutan hari raya bersama murid kelas 6 Bestari.

BERSAMA GURU SKPK

Anak cikgu bersama guru besar,ustaz Jamian dan Cikgu Aliza semasa sambutan hari raya peringkat sekolah.Kenyang cikgu semua dijamu setiap kelas.Kat kelas tahun 6 ni je,ada mcm2 menu..tak termakan cikgu2 dibuatnya.
Posted by Picasa

dulu yang berbeza

Tersalah upload lak..ni sambutan hari raya SK Senggarang.takpe lah..saje nak tunjuk cikgu razi yg dahulu sebelum slim dng herbalife gitu..mcm YB pencen je...yg penting sekarang mantain....
Posted by Picasa

Rabu, 5 Oktober 2011

DINNER BERSAMA YB JAAFAR HASHIM MERAIKAN MURID2 CEMERLANG UPSR 2010
















terima kasih kepada keperihatinan ADUN Senggarang,YB En Jaafar B Hashim kerana sudi meraikan anak2 kami belayar samil makan malam di atas Danga Cruise Johor Bharu..dapat pulak sumbangan RM2oo seorang...harap untuk calon UPSR 2011 juga mendapat peluang yang sama...amin..

Sekejap masa berlalu

Salam kepada semua...

pejam celik dah hampir kepada penghujung tahun ..tinggal beberapa bulan saje lagi untuk kita semua mengotakan janji dan azam tahun ni yang belum tertunai...cepat,cepat jng azam tahun ni kena carry forward ke tahun depan lagi...

To all my student...try ur best for the final exam nanti...buat murid year 6..i hope ur get bling2 result for ur UPSR...InsyaAllah..

Lama sangat tak update foto skpk kat sini..tunggu lah ya..byk foto yang q up nih...
What ever is sentiasa lah senyum sokmo agar awet muda...

wasallam

Jumaat, 29 April 2011

JASAMU DIKENANG


Tahniah kepada Pn Hjh Noraini kerana dinaikkan pangkat menjadi guru besar SK sri molek.tapi yang sedihnya beliau terpaksa meninggalkan semua kenangan bersama kami di sk Pt kemang yang telah berkhidmat disini lebih kurang 8 tahun yang lalu...by the way,good luck dan semoga suksess di tempat yang baru dan dng jawatan baharu juga....so nampaknya miss lah kami dng majlis persaraan kak ani yg dijangka ujung tahun ni...Sk sri molek punya turn lah ya...ap2 pun selamat berjaya disana...

Isnin, 14 Februari 2011

SALAM MAULIDUR RASUL

Salam maulidur rasul buat semua umat Islam di bumi yang aman ini.Buat warga Sk Parit Kemang ,bekas murid,ibubapa dan masyarakat sekitarnya.Dijemput hadir ke Majlis Maulidur rasul Peringkat sekolah pada 18 Februari 2011 jam 8.00 malam.
Sama-samalah kita mengimarahkan majlis yang mulia ini.

Sabtu, 22 Januari 2011

TERIMA KASIH


Salam semua,
Terima kasih kepada semua yang memberi ucapan dalam FB sempena hari lahir cikgu pada 21 Jan yang lalu ..Doakan kesejahteraan cikgu dan keluarga tersayang..amin

Jumaat, 21 Januari 2011

INFO SIHAT


Badan Kita Perlukan Air Secukupnya

Badan Kita Perlukan Air Secukupnya

Badan Kita Perlukan Air Secukupnya

ANTARA saranan asas yang sering diberikan pakar perubatan dan pemakanan ialah minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau dua liter sehari untuk mengekal dan meningkatkan kesihatan.

Bagaimanapun, untuk minum air sebanyak itu bukan mudah kerana ia bermakna kita kerap berulang ke tandas dan bagi sesetengah orang, terutama yang berumur, ia sungguh menyusahkan dan dianggap masalah atau gangguan.

Malah, ada orang bimbang mereka mengalami masalah kesihatan tertentu jika kerap buang air kecil. Pada kebiasaannya, pundi kencing dikosongkan setiap empat jam. Jadi buang air kecil enam hingga tujuh kali sehari adalah perkara normal bagi individu sihat yang minum air secukupnya.

Pundi kencing bertindak sebagai tempat menyimpan air kencing dan boleh mengembang untuk menampung sehingga 350 hingga 550 militer air kencing.

Kita biasanya terasa hendak buang air kecil apabila kandungan pundi kencing lebih kurang 200 mililiter, tetapi kapasiti normal ialah sekitar 400 mililiter. Yang tidak normal ialah jika anda kerap bangun malam untuk buang air kecil.

Kerap buang air kecil pada siang adalah perkara baik kerana ia proses semula jadi untuk menyingkirkan sisa toksik dan bahan buangan dari badan.

Minum air sekurang-kurangnya lima gelas sehari boleh mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45 peratus, kanser payudara (79 peratus) dan kanser pundi kencing (50 peratus).

Walaupun tahu kepentingan dan manfaat air, tidak ramai sanggup berulang alik ke tandas. Mereka bukan saja minum sedikit, tetapi turut mengelak makanan yang mengandungi banyak air. Sumber air kita datang daripada minuman (47 peratus), makanan (39 peratus) dan proses metabolisme di dalam sel (14 peratus).

Menurut Pakar Air Bertauliah Persatuan Kualiti Air (WQA), Michael Long, kekurangan air adalah punca utama keletihan pada waktu siang yang boleh menyebabkan pernafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas dan risau tanpa sebab munasabah.

Mengantuk selepas makan tengah hari adalah petanda penting badan kita kekurangan air. Air diperlukan untuk proses pencernaan dan metabolisme makanan. Untuk menjalankan proses ini, badan mengambil air daripada sel badan (termasuk darah).

Oleh kerana air membabitkan dua komponen iaitu dua molekul hidrogen dan satu molekul oksigen (H2O); apabila ia digunakan untuk proses pencernaan, bekalan oksigen ke otak berkurangan. Ini sebabnya kita berasa mengantuk, letih dan sukar menumpukan perhatian kepada kerja selepas makan.

“Air penting untuk melarutkan hasil sampingan metabolisme seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang. Air mencukupi diperlukan untuk mengeluarkan bahan buangan ini dari badan dengan berkesan kerana kekurangan air memaksa buah pinggang bekerja lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama kelamaan ia boleh menyebabkan kerosakan organ penting ini.

“Air juga diperlukan untuk menjadi pelincir kepada pergerakan sendi dan kajian menunjukkan pengambilan lapan hingga 10 gelas air sehari boleh mengurangkan kesakitan sendi pada 80 peratus pesakit artritis.

“Air turut menjadi bahan asas paling utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan; membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel di seluruh badan. Kekurangan air menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan mungkin tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh badan,”
Badan kita membabitkan 70 peratus air dan jika air ini bersih, sel badan jadi lebih segar dan kuat. Air bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan merendahkan peluang mendapat jangkitan.

Air untuk buang lemak

Bagi individu yang mahu mengurangkan berat badan, minum banyak air kosong antara jalan terbaik. Air elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak. Untuk kekal sihat dan bertenaga, setiap orang perlu minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air kosong sehari.

Masalahnya ramai orang keliru antara isyarat ‘lapar’ atau ‘dahaga’. Kekeliruan ini menyebabkan ada orang mencari makanan setiap kali satu daripada isyarat ini diterima otak.

Akibatnya berat badan bertambah tanpa disedari. Masalah ini lebih ketara di kalangan orang tua kerana deria rasa mereka menjadi kurang sensitif. Tidak hairan jika ramai orang tua mengalami masalah kekurangan air dalam badan.

Bagi individu yang turut mengalami kekeliruan ini, langkah terbaik ialah minum air setiap kali terasa lapar. Kajian menunjukkan segelas air kosong boleh menghilangkan kelaparan di tengah malam dan berita baiknya, air tidak mengandungi kalori. Jadi isu pengumpulan tenaga berlebihan yang akhirnya disimpan sebagai lemak tidak timbul.

Untuk kesan lebih cepat, pakar pemakanan menyarankan supaya minum setiap kali sebelum makan. Air membuatkan kita terasa cepat kenyang dan ini secara tidak langsung dapat mengelak kita makan banyak.

Pun begitu, jangan sampai tidak makan kerana badan kita sangat bijak. Jika kekurangan makanan, ia merendahkan tahap metabolisme untuk menjimatkan pembakaran tenaga.

Malangnya, tahap metabolisme rendah sukar ditingkatkan semula. Ia kekal bagi tempoh lama dan tidak meningkat walaupun tabiat makan kembali seperti biasa. Hasilnya, tenaga yang tidak dibakar daripada makanan disimpan sebagai lemak dan akhirnya membuat kita bertambah gemuk.

Ingat, air yang perlu diambil ialah air kosong. Minuman manis mengandungi kalori kosong iaitu yang tidak diperlukan badan. Apabila disuruh minum sehingga dua liter sehari, timbul kebimbangan berlaku kesan sampingan terlalu banyak air. Ada yang mendakwa ia menyebabkan perut berasa kembung.

Long berkata, satu-satunya kesan sampingan yang dialami ialah kerap berulang ke tandas dan ia dianggap perkara baik. Secara umumnya kita tidak akan mengalami masalah ‘terlalu banyak air’ kerana badan secara automatik mengeluarkan air berlebihan.

Yang lebih kerap berlaku ialah kekurangan air (dehidrasi). Ramai orang tidak sedar mereka mengalami kekurangan air yang kronik. Antara contoh kekurangan air yang kronik ialah apabila anda hanya pergi tandas satu atau dua kali sehari, berasa dahaga, kulit menjadi kering dan mengalami masalah retensi atau tegasan air.

“Retensi air yang menyebabkan perut terasa kembung atau kaki nampak bengkak adalah tanda kekurangan air, bukan sebab terlalu banyak air. Kita berasa kembung kerana badan cuba mengekalkan keseimbangan garam galian. Cara untuk atasi masalah ini ialah dengan minum air secukupnya iaitu antara lapan hingga 10 gelas sehari. Anda akan dapat lihat perubahan positif secara perlahan-lahan.

“Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari badan terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan, contohnya pembentukan batu karang. Kehilangan hanya dua peratus air boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.

“Jadi usah risau jika anda perlu selalu ke tandas kerana ia antara cara meningkatkan kepekaan fikiran, khususnya bagi individu yang banyak duduk ketika bekerja.

“Banyak kajian menyarankan kita berhenti rehat setiap satu atau satu setengah jam. Pergi ke tandas boleh dianggap sebagai ‘rehat’ yang bukan saja baik untuk membersihkan badan, tetapi mampu meningkatkan tumpuan fikiran,” katanya.

Badan kehilangan air melalui:

Pernafasan (1 gelas air - 14 peratus)

Air kencing (5 1/2 gelas air atau 50 peratus)

Peluh ( 2 gelas air - 34 peratus)

Najis (1/2 gelas air - dua peratus)

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau kira-kira dua liter air sehari.

Sumber : Harian Metro