Sabtu, 25 Disember 2010

Selamat Datang 2011


Wah !! pejam celik pejam celik,dah dekat nak masuk 2011...kena buat azam baru lagi ke..azam lama belum achive semua lagi..camne tu...apa2 pun selamat menuju alam persekolahan yang baru buat puteriku Ilya Syafiqa yg akan melangkah ke sekolah menengah...jng lupa suntikan hpv ..cegah kanser servik..hu hu..

untuk anak2 didik yang lama bercuti..selak2 lah buku tuh..dah nak naik sekolah ni...prepared for the new journey ok..

Syok bercuti-cuti Malaysia...



Buat rakan2 guru..jng lupa,esok 27hb Disember kita dah mula meeting di sekolah...siap lah apa yg patut...

Rabu, 11 Ogos 2010

Tunjuk bakat !!

Tahun 3 Bestari yang aktif


macam ni lah bagus..berani...yakin boleh!!

KUIZ KELAB DAN PERSATUAN

TAHNIAH BUAT CIKGU ZABEDAH DAN GURU2 PRAKTIKUM KERANA BERJAYA MELAKSANAKAN PERTANDINGAN KUIZ ANTARA PERSATUAN2 SK PT KEMANG.
wAH !! SAMA SEMUA TANGAN NI...




IBU HARYANI..COMEL LOTE...LEPAS BERSALIN NI..


Rabu, 28 Julai 2010

cheqmaEcosway: SELAMAT DATANG KE DUNIA SERBA BARU

cheqmaEcosway: SELAMAT DATANG KE DUNIA SERBA BARU: "SALAM CERIA BUAT SEMUA PENGUNJUNG BLOG CHEQMA YANG DIHORMATI, jOM KITA CEBURI PELUANG PERNIAGAAN YANG BELUM PERNAH ADA SEBELUM INI.eCOSWAY ..."

MAJLIS SOLAT HAJAT

KEPADA SEMUA WARGA SK PARIT KEMANG IBUBAPA MURID DAN BEKAS MURID...
TUAN PUAN DIJEMPUT KE MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA UPSR PADA 30 JULAI 2010 BERTEMPAT DI DEWAN TERBUKA SK PARIT KEMANG PADA JAM 8.00 MALAM.KEHADIRAN TUAN/PUAN KAMI DAHULUI DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH.

Ahad, 18 Julai 2010

SATU PERSINGGAHAN


KEHADIRAN USTAZ WAN RAMLEE DI SKPK SEPERTI HANYA SATU PERSINGGAHAN....BARU NAK BERMULA DNG AKTIVITI2 YG DIRANCANG RUPANYA USTAZ DIPINDAHKAN LAGI KE SEKOLAH KEB.MINYAK BEKU....KAMI KEHILANGAN SEORANG USTAZ YANG PAKAR DLM IT DAN JADI SIFU KAMI DI BILIK GURU...SEMOGA USTAZ LEBIH SELESA DISANA...

HARI GURU 2010






mendengar bacaan perutusan...

PERTUKARAN HADIAH HARI GURU







Sabtu, 17 Julai 2010

SELAMAT TINGGAL CIKGU BUDIN

WAJAH TOKOH PEMIMPIN...DALAM KENANGAN...
SELAMAT TINGGAL CIKGU BUDIN (SHAHARUDDIN BADRON)...HAMPIR 19 TAHUN BERKHIDMAT DI SKPK...AKHIRNYA DEMI TUNTUTAN TUGAS CIKGU BUDIN DILANTIK SEBAGAI PEGAWAI DI PPD BATU PAHAT..WALAUPUN TAK JAUH TAPI GURAU SENDA DAN HILAI TAWA BERSAMA KAMI HANYA TINGGAL KENANGAN...SELAMAT BERJUANG DI ARENA BARU SHABAT KU....

WELCOME BACK USTAZAH LAILY


SELAMAT DATANG KEMBALI KEPADA USTAZAH LAILY KE SKPK....DULU MEMANG DAH NGAJAR KT SINI SEJAK TAHUN 2000..THEN PINDAH KERANA IKUT SUAMI..NOW BALIK SEMULA KE SKPK GANTIKAN USTAZ RAMLEE...OK LAH TUH...SENTIASA CERIA DAN HAPPY...

SELAMAT PENGANTIN BARU

Bagai pinang dibelah 2....moga serasi bersama....
Tengok tu...orang lain makan nasi minyak,cikgu Khatimah makan buah kedondong...mesti mengandung kembar 8 nih...wakaka..
Kumpulan kompang Parit Bakong...murid2 SKPK tuh !!! banyakkan latihan ya..agar lebih mantap..


Memori sempena Majlis perkahwinan Iszalina bt Hj Kamsani,puteri kepada Guru Besar SK Parit Kemang pada 17 Julai yang lepas.Semoga kekal hingga ke akhir hayat...cute sangat !!!

MEMORI BONDA HJH HAMIDAH IHSAN



Memori bersama Bonda Hjh Hamidah Ihsan di SK Parit Kemang pada hari persaraan wajib beliau..semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati kehidupannya.kami mendoakan kebahagiaan bonda dunia dan akhirat...

PANASKAN BADAN !!


17 Julai 2010

Hari ko-kurikulum SK pt kemang : Cikgu Khatimah mengetuai acara memanaskan badan....release tension la tuh !!!! wakaka.
teknik kungfu GPK ( guru paling kelakar) kah kah kah !!

Selasa, 13 Julai 2010

KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN

TIPS MEMAHAMI ANAK
  • Kesabaran yang tinggi
  • Berfikiran terbuka
  • Demokrasi
  • Kenalpasti matlamat anak
  • Kawal perasaan
  • Kaji gaya keibubapaan
  • Elakkan menggunakan kuasa
  • Berkongsi perasaan
  • Beri motivasi
  • Beri fokus pada kebaikan dan kekuatan anak.
_______________________________________________________________
KAEDAH MENDAMPINGI ANAK

  • Latih anak berdoa
  • Meminta maaf kepada anak
  • Mengucapkan rasa sayang
  • Bantu hadapi kegagalan
  • Teguhkan peraturan
  • Bantu dalam pergaulan
  • Dapatkan pandangan anak
  • Berterima kasih
  • Beri pujian
___________________________________________________________________

TEKNIK BERKOMUNIKASI DENGAN ANAK

  • Dengar dengan aktif dan teliti
  • Selesaikan masalah secara bersama
  • Berikan penghormatan dan kasih sayang pada anak
  • Banyakkan belaian positif
  • Disiplinkan mereka dengan hikmah
  • Jangan sebut perkataan negatif dalam rumah
  • Jangan perkecilkan kebolehan anak.

SANGKA-SANGKA

Manusia hari ini suka bersangka-sangka,
Ada sangkaan baik...
Ada sangkaan buruk...
Orang beribadah disangka riak,
Orang yang relax disangka malas,
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk,
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap,
Orang makan sikit disangka diet,
Orang baik disangka buruk,
Orang buruk disangka baik,
Orang senyum disangka mengejek,
Orang masam disangka merajuk,
Orang bermuzakarah disangka mengumpat,
Orang diam disangka menyendiri,
Orang menawan disangka pakai susuk,
Orang nampak ceria disangka membela,

Mana tahu yang diam itu kerana berzikir,
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah,
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa,
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya,
Mana tahu yang ceria itu kerana cerdas mindanya,

Jauhi sikap suka bersangka-sangka,
Kerana ia bakal memusnahkan persaudaraan...
Seperti musnahnya kayu dibakar api....

WAJAH-WAJAH YANG TIDAK BERDOSA.....



WAJAH MULUS MURID-MURID TAHUN 2 BIJAK YANG DAHAGAKAN ILMU PENGETAHUAN.


TEMAN SEPERJUANGAN
YANG SENTIASA MEMAHAMI....

DENGKI DAN IRIHATI ADA TEMPATNYA

Hadis :
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: "Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain". Riwayat Hadith al-Bukhari

Huraian :
1. Islam melarang umatnya berperasaan hasad dengki dan iri hati melainkan kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebaikan Sahaja.

2. Islam tidak membenarkan orang yang mengeluarkan hukum tanpa terlebih dahulu merujuk kepada al-Quran dan Hadith, sebaliknya melayani tekanan hawa nafsu dan kepentingan diri sendiri semata-mata.

3. Islam melarang umatnya berperasaan cemburu buta dan iri hati terhadap sesama manusia melainkan didalam dua perkara:
i) Merasa iri hati terhadap orang yang beramal dengan ilmu yang dipelajarinya serta mengajarkannya pula kepada orang lain.
ii) Orang yang dikurniakan harta dan membelanjakan hartanya itu dijalan yang diredhai oleh Allah.

Isnin, 12 Julai 2010

CORETAN



Bagaimana jika ini terjadi kepada kita?? kemalangan berlaku dimana2...

Sabtu, 10 Julai 2010

resepi

kek batik mama

ini resipinya....
1. mentega 250g
2. tepung 1 1/2 cawan (cawan sedang2 la... jgn guna jug plak...)
3. gula 1 cawan (suka hati la nak kurang manis... setengah cawan pun ok...)
4. milo 1 pek (yg harga 3 ringgit lebih tu)
5. susu pekat 1 tin
6. koko 2 sudu
7. telur 5 biji
8. biskut marie
9. sedikit kacang cincang atau nestum... (kasi sedap lagi....)
caranya.....
1. mula-mula masakkan mentega tu hingga cair dalam kuali...
2. kemudian masukkan semua bahan2 tu satu persatu.... sudah sebati baru masukkan telur... gaul sampai masak... pastu masukkan biskut marie....
3. akhir sekali... letak la kacang atau nestum atau kedua-duannya sekali....
4. masuk dalam loyang.... lepas tu bolehlah di bedal....

Isnin, 22 Mac 2010

CORAK DAN REKAAN (TUGASAN OUM )

PENDAHULUAN

Seni cetak ialah proses penghasilan karya seni melalui teknik percetakan, biasanya di atas kertas. Kecuali dalam kes monotaip, proses ini mampu menghasilkan salinan karya yang sama dalam jumlah banyak, yang dikenali cetakan atau gambar teraan. Setiap kepingan karya bukanlah tiruan tetapi hasil asli kerana ia bukan diciplak daripada mana-mana karya seni yang lain dan secara tekniknya dikenali sebagai teraan. Ini berbeza dengan lukisan yang mencipta satu karya seni asli yang unik. Teraan dihasilkan dari satu permukaan asli tunggal, secara tekniknya disebut sebagai matriks. Matriks yang umum digunakan adalah seperti plat logam, biasanya tembaga atau zink untuk turisan atau goresan; batu untuk litografi; blok kayu untuk toreh kayu, linoleum untuk torehan lino dan plat fabrik untuk percetakan skrin. Masih banyak lagi bahan lain yang digunakan dalam karya seni ini, dan akan diterangkan di bawah. Karya yang dicetak dari satu plat tunggal membentuk satu edisi, dan di zaman mdoden ini selalunya ditandatangani dan dinomborkan untuk membentuk suatu edisi terhad. Teraan juga boleh diterbitkan dalam bentuk buku, sebagai buku artis. Satu teraan boleh terhasil dari satu atau beberapa teknik.



  1. KEISTIMEWAAN SENI CETAKAN DAN TOKOH SENI CETAKAN


2.1 KEISTIMEWAAN SENI CETAKAN

Pembuat cetakan berkarya menggunakan berbagai jenis media, termasuklah dakwat berasaskan air, cat air, dakwat berasaskan minyak, pastel minyak, dan pigmen padat yang larut dalam air seperti crayon Caran D'Ache. Karya seni cetak dilakarkan di atas permukaan yang disebut dengan plat. Teknik dengan menggunakan kaedah digital menjadi semakin popular saat ini. Permukaan atau hamparan yang digunakan dalam menciptakan karya cetakan meliputi papan kayu, plat logam, lembaran kaca akrilik, lembaran linoleum atau batu litografi. Teknik lain yang disebut dengan serigrafi atau cetak saring (screen-printing) menggunakan lembaran kain berpori yang direntangkan pada sebuah kerangka, disebut dengan screen. Cetakan kecil juga boleh dihasilkan dengan menggunakan permukaan kentang atau ketela.


Pembuat karya grafis memberi warna pada cetakan mereka dengan menggunakan banyak cara. Seringkali pewarnaannya -- dalam etsa, cetak saring, cukil kayu serta linocut -- diterapkan dengan menggunakan plat, papan atau screen yang terpisah atau dengan menggunakan pendekatan reduksionis. Dalam teknik pewarnaan multi-plat, terdapat sejumlah plat, screen atau papan, yang masing-masing menghasilkan warna yang berbeza. Tiap plat, screen atau papan yang terpisah akan diberi tinta dengan warna berbeza kemudian diterapkan pada tahap tertentu untuk menghasilkan keseluruhan gambar.biasanya hampir 3 hingga 4 plat digunakan, tapi adakalanya seorang seniman grafis menggunakan sampai tujuh plat. Tiap penerapan warna akan berinteraksi dengan warna lain yang telah diterapkan pada kertas, jadi sebelum menerapkan warna, pemisahan antara warna perlulah difikirkan dahulu.Biasanya warna yang paling terang diterapkan lebih dulu kemudian ke warna yang lebih gelap Pendekatan reduksionis untuk menghasilkan warna dimulai dengan papan kayu atau lino yang kosong atau dengan goresan sederhana. Kemudian seniman mencukilnya lebih lanjut, memberi warna lain dan mencetaknya lagi. Bahagian lino atau kayu yang dicukil akan mengekspos (tidak menimpa) warna yang telah tercetak sebelumnya.Pada teknik grafis seperti chine-collé atau monotype, pegrafis kadang-kadang hanya mengecat warna seperti pelukis kemudian dicetak. Konsep warna subtraktif yang juga digunakan dalam cetak offset atau cetak digital, di dalam software vektorial atau bitmap ditampilkan dalam CMYK atau ruang warna lain. Keistimewaan cetakan ini ialah mampu menghasilkan banyak keping karya yang serupa dan semua hasil karya cetakan itu dianggap asli


Cetakan pada awalnya digunakan untuk pendidikan, propaganda, keagamaan dan seni tekstil. Cetakan berwarna muncul pada abad ke 15. Di Malaysia cetakan dihasilkan dengan menggunakan pelbagi teknik dan media. Antara media yang biasa digunakan ialah lino, syelek, lekar dan media campuran. Manakala teknik yang biasa dihunakan hádala seperti teknik timbulan, kolagraf dan cetakan saring. Proses menghasilkaan cetakan timbul ialah dengan meletakkan dakwat atau warna pada permukaan yang biasanya terdiri daripada blok kayu atau lino. Hasil permukaan acuan merupakan imej yang dikehendaki. Antara jenis-jenis cetakan ialah:

1. Cetakan timbulan:
Hasil imej berdasarkan kesan garisan di atas permukaan blok atau plat yang terlebih dahulu disapu dengan dakwat atau pewarna. Kaedah cetakan timbul ialah kolaj, lino, potongan kayu, kad bod bergelugor dan sayur-sayuran.



2. Cetakan benam:
Imej terhasil berdasarkan garisan di dalam blok atau plat. Teknik yang digunakan ialah garisan asid, turisan, akuatin dan mesotin. Kaedah yang berlawanan dengan cetakan timbul.






3. Cetakan planograf:
Dihasilkan melalui permukaan cetakan yang mendatar. Dikenali juga sebagai litografi.
Ia adalah teknik sifat penolakan minyak dengan air. Menggunakan blok batu kapur. Ia kelihatan seolah-olah lukisan pensel.



4. Cetakan stencil (sarigrafi):
Menggunakan kain sutera yang diregang pada kayu pemidang. Imej terhasil melalui potongan kertas pendua, filem laker atau skrin foto emulsi. Sekuji digunakan untuk menyapu dakwat di atas skrin pemidang.






2.2 TOKOH SENI CETAKAN DI MALAYSIA

Tokoh seni cetakan yang agak terkenal di Malaysia ialah REDZA PIYADASA. Beliau lahir pada tahun 1939 di Kuantan, Pahang. Berpendidikan awal di Sekolah Abdullah, Kuantan dari 1945 hingga 1956 dan menerima anugerah Cambridge Overseas School Certificate (Grade One) dalam tahun 1957.

Dari tahun 1958 hingga 1959, beliau menyambung pelajaran di Malayan Teachers' rd Lodge, England dan menerima 'Certificate in Education' dari Institute of Education, University of Birmingham, England. Pengajiannya diteruskan di Hornsey College of Art, London, England dari 1963 hingga 1967 sehingga dianugerahkan Diploma in Art and Design (U.K.)

Beliau kemudiannya menjalani Post-Graduate Studies di Jabatan Seni University of Hawaii, di Honolulu, Hawaii dari tahun 1975-1977 dengan pengkhususan dalam bidang Asian Art History Studies dan Graduate Sculpture Studies sebelum dianugerahkan Master of Fine Arts Degree (M.F.A.)

Selain itu, Piyadasa juga merupakan Graduate-Student Participant Culture Learning Institute, East-West Center, Honolulu dari tahun 1975-1977 yang di akhirnya memberi anugerah Graduate Certificate of the East-West Center. Antara pencapaian tertinggi beliau adalah menerima Anugerah "PRINCE CLAUS AWARD" .



Tokoh yang seterusnya ialah Juhari Said. Keterlibatan Juhari Said sebagai seorang jurucetak atau printmaker yang khusus dan gigih tidak dapat disangkal lagi. Selama lebih dua puluh lima tahun menjadi seniman profesional dan mengkhususkan dirinya dalam ciptaan karya seni cetak, Juhari Said telah membina reputasi tinggi dalam bidang pengkhususannya itu. Semenjak penghujung dekad 1980-an sehingga kini, kesalingkaitan di antara seni cetak dan Juhari Said dalam bacaan sejarah perkembangan seni cetak negara amat-amatlah intim. Dengan mudah, pemerhati, peminat dan pengkaji akan membaca kesalingkaitan ini dengan begitu alami sekali. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa apabila kita membahaskan soal seni cetak Malaysia, kita akan mengaitkan ia dengan susuk Juhari Said atau karyanya dan begitu jugalah sebaliknya. Keadaan tersebut berlaku kerana Juhari Said telah memberi keutamaan atau menetapkan pengkhususannya dalam bidang seni cetak secara tekal dan khusus. Penumpuan keutamaan ini adalah sesuatu yang tersendiri dan bagi sesetengah seniman hal tersebut bukanlah menjadi pilihan utama bagi mereka.

Namun sikap istiqamah atau ketekalan berterusan inilah yang sebenarnya membawa kesan panjang dan berterusan seperti yang disebutkan tadi. Apatah lagi jika ia diukur dalam skala tempatan, tidak ramai seniman yang memberi penumpuan khusus dalam genre penciptaan seni tertentu secara tekal. Ketekalan itulah sebenarnya yang menjadi pati atau inti kepada tahap kedudukan yang dimiliki oleh Juhari Said sekarang.



Karya ini telah dicipta dengan kesedaran untuk memberi dimensi baru kepada tafsiran seni cetak konvensional berasaskan kefahaman bahawa seni cetak terhasil dari tekanan blok atau matrik maka karya ini telah menumpukan usaha untuk mengetengahkan blok atau katrik itu sendiri sebagai satu bentuk seni cetak. Karya yang terhasil ini secara umum dipenuhi dengan tanda atau bekas yang lumrah diperkaitkan dengan blok atau matrik tersebut. Selain itu karya seni cetak ini juga telah memanfaatkan penggunaan kayu yang berbeza saiz dan bentuknya demi untuk memberi kesan yang berbeza kepada blok atau matrik itu sendiri.


Warna-warna yang digunakan dalam karya ini adalah alat simbolik trasmutasi yang mencerminkan cahaya minda dalaman. Ia merakamkan usaha peribadi manusia mencari makna ikatan yang tidak mungkin terurai antaranya dengan alam penciptanya. Juhari tampil denganj keunikan gaya tersendiri dalam membicarakan tantang nilai manusia dan alam. Menerusi teknik cetakan. Juhari melahirkan karya dengan warna figura untuk membicarakan hal-hal tersebut.Gambaran yang dihasilkan dalm karya ini juga merupakan kepekaanya dalam memilih lambang dan unsure yang paradox.

Selain itu, di Malaysia juga terdapat ramai lagi tokoh-tokoh seni cetakan seperti Kim Ng, Izan Tahir, Zulkifli Yusoff dan Shahrul Jamili. Kesemua mereka banyak memberi sumbangan besar kepada perkembangan seni cetak kontemporari dalam gerakan seni tanah air. Hasil seni mereka telah membawa satu anajakan pardigma pemikiran tentang seni cetak sebagai satu bahan tara berciri dinamik dan inovatif yang memberikan kesan besar terhadap pergerakan kesenian di Malaysia hari ini.

Konsep asas karya mereka itu adalah bagi menyedarkan orang ramai bahawa wujudnya satu bentuk alternatif pada proses seni cetak biasa yang selalunya terhad pada penggunaan dakwat, blok cetak, kertas dan tindakan menghentak atas permukaan kertas. Melalui karya mereka juga. ia menggalakkan penggunaan bahan tara selain dakwat yang boleh diacu dan dibentuk kemudian dipadukan bersama bagi menghasilkan satu hasil karya seni baru yang unik.

Idea asas sebenar penghasilan hasil seni cetakan tersebut itu telah memberikan definisi baru tentang seni cetak. Karya tersebut turut menerokai penggunaan pelbagai bahan harian seperti konkrit, kayu, tanah dan lapisan logam sebagai bahan tara, selain menggunakan dakwat yang diacu ke dalam bentuk-bentuk tertentu secara berulang-ulang bagi mendapatkan hasil seni muktamad yang diinginkan.

Ketika secara tradisinya seni cetak berada pada tahap sekunder dalam konteks temporari di Malaysia, teknik-teknik serta cara penataan dalam seni cetak selalunya digunapakai dalam penghasilan rupa bentuk seni lain, misalnya lukisan, arca dan instalasi.

Peminjaman atau pertukaran teknik dan penataan itu menjadi bukti tentang pengaruh berterusan yang dimiliki oleh seni cetak dalam amalan seni kontemporari kini. Dalam pada itu, batasan atau sempadan peraturan-peraturan atau cabang-cabang seni yang dahulunya lebih jelas dan tersendiri kini menjadi semakin kabur.










Tokoh-tokoh ini merupakan antara yang berpengaruh dan berdedikasi dalam amalan seni kontemporari iaitu mereka bertanggungjawab untuk memecah batasan bagi menjadikan seni cetak lebih relevan pada masa kini.Ia merupakan satu amalan seni yang berkesan kerana mudah bagi orang ramai mengaitkannya dengan pengalaman mereka. Bagaimanapun, hasilan mereka juga umpama ingin mencabar pemikiran orang ramai terhadap kefahaman mereka tentang seni cetak, bukan sahaja cetakan blok atas selembar kertas, maksudnya kini lebih luas dan hanya terhad kepada daya imaginasi.



RUMUSAN

Walaupun seni cetak dianggap mudah untuk orang ramai menghasilkannya serta tidak mahal kerana alatan dan bahan yang digunakan dikeluarkan secara besar-besaran, namun masih terdapat segelintir seniman Malaysia yang mampu mengguna pakai bentuk seni itu secara berkesan dan menjadikannya sebagai satu keistimewaan.


RUJUKAN


http://senivisual1.blogspot.com/search/label/cetakan#ixzz0gR3b5wgi



Khamis, 28 Januari 2010

HARI KELUARGA SK PARIT KEMANG

MAJLIS JAMUAN HARI KELUARGA DAN PERSARAAN PN HJH HAMIDAH PADA 08.01.2010 DI BANANG GOLF RESORT B.PAHAT.
SELAKU PENGERUSI BADAN KEBAJIKAN GURU,CHEQMA BERTANGGUNGJAWAB MEMASTIKAN MAJLIS TERSEBUT BERJALAN DENGAN LANCAR.ALHAMDULILLAH DENGAN BANTUAN KAWAN2,SEMUANYA SUKSES SEPERTI YG DIRANCANG.PDA MALAM TERSEBUT JUGA KAMI MENJEMPUT TUAN PPD BATU PAHAT ,HJ SHAPIE UNTUK MENYAMPAIKAN WATIKAH PERSARAAN KEPADA PH HJH HAMIDAH YG JUGA ISTERI BELIAU...MAJLIS JUGA DISELANG SELI DENGAN CABUTAN BERTUAH DAN INDOOR GAME UNTUK AHLI KELUARGA BKGS SKPK.


BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA PPD,GURU DAN STAFF SK PARIT KEMANG.


PASANGAN CHEQMA DAN CIKGU ALIZA...TEMAN DAN SAHABAT...


SAMBUTAN HARI LAHIR GURU-GURU....

PENYAMPAIAN WATIKAH PERSARAAN..
PELUKAN MESRA DARI SUAMI TERCINTA.
JANGAN JEALOUS !!!

CHEQMA BERSAMA PN HJH HAMIDAH,GURU YANG DIRAIKAN SEMPENA PERSARAAN BELIAU PADA 27 DISEMBER 2009.


ANTARA GURU DAN PASANGAN YANG HADIR....



Rabu, 27 Januari 2010

Surat Dari Anak Mak Yang Tak Nakal Dah

Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi
nih....

Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter
dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu.....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ......
kengkadang siaran indonesia ...
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak
ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas
mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk.....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit kami adik beradik
sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, kiter kata nak beli
kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. .....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ...
ampon kan kiter....
Mak......
Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan
separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan.....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya..
.....
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak.....
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan .....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi.....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak......
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat
gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh, kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya.....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk
mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah.....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah
perkuburan..
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. .....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa
lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ...?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak.....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau....
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
iter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang... s
ampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil



surat ini berjaya 'menyentuh' banyak hati..selain mampu mengingatkan
jasa ibu kita di Malaysia, ia mampu menaikkan semangat kita utk terus
berusaha dalam lapangan masing2,dgn izin Allah s.w.t. InsyaAllah..

Juga sesuai dihadiahkan kpd anak2(bg yg sudah memiliki cahaya mata)
supaya
anak2 kita sentiasa lembut hatinya kesan daripada mmbaca surat ini
,insyaAllah.

Selasa, 19 Januari 2010

TEKNIK MENGGAMBAR

Contoh Gambar Teknik-teknik Menggambar

bahan dari blog sebutir mutiara:
CATAN


TIUPAN

STENSILAN

MONTAJ

KOLAJ

GOSOKAN

CETAKAN2

CAPAN

CETAKAN

PETUA HILANG GEMENTAR SEMASA BERUCAP

Bagi membendung rasa takut dan gementar semasa berucap, berikut adalah 25 langkah yang boleh dijadikan panduan dalam mengatasi masalah anda:



• Berdoa kepada Tuhan agar anda diberi ketenangan dan kejayaan ketika berucap.
• Tarik nafas dalam-dalam bagi mengurangkan ketegangan pada tubuh. Langkah ini dapat mengurangkan rasa gugup anda ketika berhadapan
dengan orang ramai.
• Anggap khalayak sebagai rakan anda dan angan terlalu risau dengan jumlah hadirin yang ramai.
• Elakkan menjalin pertemuan mata dengan setiap orang sebaliknya melihat kearah aras kepala setiap orang seolah-olah anda melihat mereka.
• Datang lebih awal ketempat anda berucap supaya anda dapat mengenali dan menguasai lokasi terbabit. Dekati hadirin anda dan berbual
dengan mereka kerana secara psikologinya ia memberi keyakinan apabila anda mila berucap.
• Jalin hubungan mata dengan khayalak yang mesra dan melemparkan senyuman kepada anda atau mengangguk kerana dengan cara itu anda
tidak merasa tertekan berbanding melihat wajah yang serius.
• Yakinkan diri anda akan berjaya dan bersikap positif. Khayalak sebenarnya tidak ingin melihat anda gementar atau takut kerana mereka mahu
mendengar ucapan umum yang baik dan berinformasi.
• Elakkan daripada memegang kertas kerana jika anda gementar ia akan kelihatan terketar-ketar dan ini akan menambahkan perasaan
gementar serta tertekan.
• Cuba hafal kenyataan minit-minit awal supaya anda akan kelihatan yakin berada di hadapan.
• Tanya soalan juga satu cara untuk membunuh rasa takut dan gementar.
• Buat persediaan yang cukup kerana kajian mendapati kurangnya persiapan membuatkan anda lebih gementar. Dapatkan data, statistik,
maklumat dan contoh yang sesuai supaya anda dilihat sepuluh langkah di hadapan berbanding khalayak.
• Belatih dan terus berlatih membuatkan anda lebih bersedia. Jika tidak mahu bercakap di hadapan rakan, gunakan cermin sebagai langkah
berlatih.
• Cuba tenangkan diri secara jasmani sebelum berucap. Ambil beberapa langkah untuk bertenang seperti mandi, berenang dan mendengar
muzik.
• Buat permulaan berdiri di belakang podium atau rostrum akan membunuh rasa takut dan gementar tetapi kawal bahasa badan anda dengan
tidak berpegang kepada rostrum berkenaan.
• Berjalan di tengah khalayak ramai apabila sudah mendapat keyakinan. Dengan cara ini anda sebenarnya sudah menjalin hubungan dengan
mereka.
• Ketahui khalayak anda sebelum tutun ke gelanggang kerana ia dapat menyesuaikan anda dengan bahan ucapan, contoh humor dan
sebagainya.
• Jangkakan soalan kerana anda akan bersiap sedia dengan jawapannya jika ia ditanya.
• Jangan beritahu khalayak mengenai ketakutan anda kerana mereka tidak akan tahu sekiranya anda tidak menunjukkan dengan perbuatan anda.
• Elakkan daripada menghafal seluruh isi kandungan dan ayat utama dalam teks ucapan anda kerana ia lebih memberi tekanan.
• Lakukan senaman kecil seperti menekan tapak tangan atau kaki kelantai tetapi jangan sampai ia kelihatan ketara di mata hadirin.
• Bunuh fikiran negatif dan jangan biarkan ia menguasai minda dan emosi anda. Fikir positif akan memberi keyakinan berbanding kegagalan.
• Fokus kepada ucapan dan elakkkan daripada melakukan atau memikirkan perkara lain seperti apa khalayak memikirkan mengenai anda.
• Awasi cara anda duduk kerana cara duduk juga membantu anda mengurangkan tekanan.
• Minum air kosong untuk membasahkan tekak.
• Bercakap dengan perlahan kerana jika anda berucap dengan pantas ia seolah-olah memperlihatkan anda ingin segera menghabiskan ucapan
selain memburukkan keadaan.

CORETAN

LAMA JUGA TAK MENULIS DISINI.BARU HARI NI BERKESEMPATAN...SETELAH SIAP SEMUA RANCANGAN TAHUNAN DAN TUGAS2 YG PERLU TINDAKAN SEBAGAI GURU KELAS.TAHUN NI AGAK MENCABAR SIKIT BILA RPT TERPAKSA DIROMBAK SEMULA MENGIKUT TAKWIM TAHUNAN...FUHHH...SIKIT PUNYA KERJA TU !!!
ALHAMDULILLAH,SEMUA DAH SETTLE.
BARU-NI BADAN KEBAJIKAN GURU DAN STAFF MENGADAKAN JAMUAN HARI KELUARGA DAN PERSARAAN PN HJH HAMIDAH DI BANANG GOLF RESORT.
SEBAGAI PENGERUSI BKGS ,CHEQMA SIBUK MACAM IBU PENGANTIN LAH...BAIK DAPAT SOKONGAN DAN BANTUAN DARI AJK YG DILANTIK,SEMUA BERJALAN LANCAR WALAUPUN DISHES MALAM TU AGAK MENGHAMPAKAN.NAMUN EVERYTHING SETTLE DAN SUKSESS.
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA AJK YANG BANYAK MEMBANTU TERUTAMA:
ZAI,KAK BED,KAK LIZA,NORA,MIZA,ARI,AIN,NORA,RAHMAD DAN SEMUA LAH...

Jumaat, 1 Januari 2010

SELAMAT DATANG 2010


KEPADA SEMUA....KENALAN,ANAK DIDIK DAN RAKAN SEPERJUANGAN,

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2010.RASANYA AGAK KEKOK UNTUK MENULIS NOMBOR UNTUK TAHUN INI..ALAH BISA TEGAL BIASA...PEJAM CELIK RUPANYA DAH BERTAMBAH SETAHUN LAGI USIA KITA SEMUA...

SEMOGA BERTAMBAH JUGA ILMU DUNIA DAN AKHIRAT YANG DITIMBA...
AGAR TAHUN BARU INI AKAN LEBIH MEMBERI KECERIAAN,KEBAHAGIAAN DAN KEAKRABAN PERHUBUNGAN SESAMA KITA...

BERSAMA,BERSATU,BERPADU DEMI KECEMERLANGAN PENDIDIKAN GENERASI BARU....
BIASAKAN YANG BAIK DAN BAIKI YANG BIASA !!!