Rabu, 28 Julai 2010

cheqmaEcosway: SELAMAT DATANG KE DUNIA SERBA BARU

cheqmaEcosway: SELAMAT DATANG KE DUNIA SERBA BARU: "SALAM CERIA BUAT SEMUA PENGUNJUNG BLOG CHEQMA YANG DIHORMATI, jOM KITA CEBURI PELUANG PERNIAGAAN YANG BELUM PERNAH ADA SEBELUM INI.eCOSWAY ..."

MAJLIS SOLAT HAJAT

KEPADA SEMUA WARGA SK PARIT KEMANG IBUBAPA MURID DAN BEKAS MURID...
TUAN PUAN DIJEMPUT KE MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA UPSR PADA 30 JULAI 2010 BERTEMPAT DI DEWAN TERBUKA SK PARIT KEMANG PADA JAM 8.00 MALAM.KEHADIRAN TUAN/PUAN KAMI DAHULUI DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH.

Ahad, 18 Julai 2010

SATU PERSINGGAHAN


KEHADIRAN USTAZ WAN RAMLEE DI SKPK SEPERTI HANYA SATU PERSINGGAHAN....BARU NAK BERMULA DNG AKTIVITI2 YG DIRANCANG RUPANYA USTAZ DIPINDAHKAN LAGI KE SEKOLAH KEB.MINYAK BEKU....KAMI KEHILANGAN SEORANG USTAZ YANG PAKAR DLM IT DAN JADI SIFU KAMI DI BILIK GURU...SEMOGA USTAZ LEBIH SELESA DISANA...

HARI GURU 2010






mendengar bacaan perutusan...

PERTUKARAN HADIAH HARI GURU







Sabtu, 17 Julai 2010

SELAMAT TINGGAL CIKGU BUDIN

WAJAH TOKOH PEMIMPIN...DALAM KENANGAN...
SELAMAT TINGGAL CIKGU BUDIN (SHAHARUDDIN BADRON)...HAMPIR 19 TAHUN BERKHIDMAT DI SKPK...AKHIRNYA DEMI TUNTUTAN TUGAS CIKGU BUDIN DILANTIK SEBAGAI PEGAWAI DI PPD BATU PAHAT..WALAUPUN TAK JAUH TAPI GURAU SENDA DAN HILAI TAWA BERSAMA KAMI HANYA TINGGAL KENANGAN...SELAMAT BERJUANG DI ARENA BARU SHABAT KU....

WELCOME BACK USTAZAH LAILY


SELAMAT DATANG KEMBALI KEPADA USTAZAH LAILY KE SKPK....DULU MEMANG DAH NGAJAR KT SINI SEJAK TAHUN 2000..THEN PINDAH KERANA IKUT SUAMI..NOW BALIK SEMULA KE SKPK GANTIKAN USTAZ RAMLEE...OK LAH TUH...SENTIASA CERIA DAN HAPPY...

SELAMAT PENGANTIN BARU

Bagai pinang dibelah 2....moga serasi bersama....
Tengok tu...orang lain makan nasi minyak,cikgu Khatimah makan buah kedondong...mesti mengandung kembar 8 nih...wakaka..
Kumpulan kompang Parit Bakong...murid2 SKPK tuh !!! banyakkan latihan ya..agar lebih mantap..


Memori sempena Majlis perkahwinan Iszalina bt Hj Kamsani,puteri kepada Guru Besar SK Parit Kemang pada 17 Julai yang lepas.Semoga kekal hingga ke akhir hayat...cute sangat !!!

MEMORI BONDA HJH HAMIDAH IHSAN



Memori bersama Bonda Hjh Hamidah Ihsan di SK Parit Kemang pada hari persaraan wajib beliau..semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati kehidupannya.kami mendoakan kebahagiaan bonda dunia dan akhirat...

PANASKAN BADAN !!


17 Julai 2010

Hari ko-kurikulum SK pt kemang : Cikgu Khatimah mengetuai acara memanaskan badan....release tension la tuh !!!! wakaka.
teknik kungfu GPK ( guru paling kelakar) kah kah kah !!

Selasa, 13 Julai 2010

KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN

TIPS MEMAHAMI ANAK
  • Kesabaran yang tinggi
  • Berfikiran terbuka
  • Demokrasi
  • Kenalpasti matlamat anak
  • Kawal perasaan
  • Kaji gaya keibubapaan
  • Elakkan menggunakan kuasa
  • Berkongsi perasaan
  • Beri motivasi
  • Beri fokus pada kebaikan dan kekuatan anak.
_______________________________________________________________
KAEDAH MENDAMPINGI ANAK

  • Latih anak berdoa
  • Meminta maaf kepada anak
  • Mengucapkan rasa sayang
  • Bantu hadapi kegagalan
  • Teguhkan peraturan
  • Bantu dalam pergaulan
  • Dapatkan pandangan anak
  • Berterima kasih
  • Beri pujian
___________________________________________________________________

TEKNIK BERKOMUNIKASI DENGAN ANAK

  • Dengar dengan aktif dan teliti
  • Selesaikan masalah secara bersama
  • Berikan penghormatan dan kasih sayang pada anak
  • Banyakkan belaian positif
  • Disiplinkan mereka dengan hikmah
  • Jangan sebut perkataan negatif dalam rumah
  • Jangan perkecilkan kebolehan anak.

SANGKA-SANGKA

Manusia hari ini suka bersangka-sangka,
Ada sangkaan baik...
Ada sangkaan buruk...
Orang beribadah disangka riak,
Orang yang relax disangka malas,
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk,
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap,
Orang makan sikit disangka diet,
Orang baik disangka buruk,
Orang buruk disangka baik,
Orang senyum disangka mengejek,
Orang masam disangka merajuk,
Orang bermuzakarah disangka mengumpat,
Orang diam disangka menyendiri,
Orang menawan disangka pakai susuk,
Orang nampak ceria disangka membela,

Mana tahu yang diam itu kerana berzikir,
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah,
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa,
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya,
Mana tahu yang ceria itu kerana cerdas mindanya,

Jauhi sikap suka bersangka-sangka,
Kerana ia bakal memusnahkan persaudaraan...
Seperti musnahnya kayu dibakar api....

WAJAH-WAJAH YANG TIDAK BERDOSA.....



WAJAH MULUS MURID-MURID TAHUN 2 BIJAK YANG DAHAGAKAN ILMU PENGETAHUAN.


TEMAN SEPERJUANGAN
YANG SENTIASA MEMAHAMI....

DENGKI DAN IRIHATI ADA TEMPATNYA

Hadis :
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: "Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain". Riwayat Hadith al-Bukhari

Huraian :
1. Islam melarang umatnya berperasaan hasad dengki dan iri hati melainkan kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebaikan Sahaja.

2. Islam tidak membenarkan orang yang mengeluarkan hukum tanpa terlebih dahulu merujuk kepada al-Quran dan Hadith, sebaliknya melayani tekanan hawa nafsu dan kepentingan diri sendiri semata-mata.

3. Islam melarang umatnya berperasaan cemburu buta dan iri hati terhadap sesama manusia melainkan didalam dua perkara:
i) Merasa iri hati terhadap orang yang beramal dengan ilmu yang dipelajarinya serta mengajarkannya pula kepada orang lain.
ii) Orang yang dikurniakan harta dan membelanjakan hartanya itu dijalan yang diredhai oleh Allah.

Isnin, 12 Julai 2010

CORETAN



Bagaimana jika ini terjadi kepada kita?? kemalangan berlaku dimana2...

Sabtu, 10 Julai 2010

resepi

kek batik mama

ini resipinya....
1. mentega 250g
2. tepung 1 1/2 cawan (cawan sedang2 la... jgn guna jug plak...)
3. gula 1 cawan (suka hati la nak kurang manis... setengah cawan pun ok...)
4. milo 1 pek (yg harga 3 ringgit lebih tu)
5. susu pekat 1 tin
6. koko 2 sudu
7. telur 5 biji
8. biskut marie
9. sedikit kacang cincang atau nestum... (kasi sedap lagi....)
caranya.....
1. mula-mula masakkan mentega tu hingga cair dalam kuali...
2. kemudian masukkan semua bahan2 tu satu persatu.... sudah sebati baru masukkan telur... gaul sampai masak... pastu masukkan biskut marie....
3. akhir sekali... letak la kacang atau nestum atau kedua-duannya sekali....
4. masuk dalam loyang.... lepas tu bolehlah di bedal....