Selasa, 13 Julai 2010

SANGKA-SANGKA

Manusia hari ini suka bersangka-sangka,
Ada sangkaan baik...
Ada sangkaan buruk...
Orang beribadah disangka riak,
Orang yang relax disangka malas,
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk,
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap,
Orang makan sikit disangka diet,
Orang baik disangka buruk,
Orang buruk disangka baik,
Orang senyum disangka mengejek,
Orang masam disangka merajuk,
Orang bermuzakarah disangka mengumpat,
Orang diam disangka menyendiri,
Orang menawan disangka pakai susuk,
Orang nampak ceria disangka membela,

Mana tahu yang diam itu kerana berzikir,
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah,
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa,
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya,
Mana tahu yang ceria itu kerana cerdas mindanya,

Jauhi sikap suka bersangka-sangka,
Kerana ia bakal memusnahkan persaudaraan...
Seperti musnahnya kayu dibakar api....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan